Sunday, July 26, 2009


Berduyun-duyun manusia turut serta dalam pesta tersebut. Rata-ratanya terdiri daripada kaum cina, pelajar bahasa jepun dari sekolah berasrama penuh, serta pihak kedutaan Negara Jepun. Di sana, kami telah diajar beberapa rentak tarian yang dipersembahkan sewaktu musim panas.Riak ceria jelas terpancar di setiap wajah pengunjung.

Biarpun keadaan sekitar berdebu dan wabak H1N1 hangat diperkatakan namun kemeriahan BonOdori tetap terasa.

Saturday, September 13, 2008

Bahasa Jepun di SBPI Batu Rakit


Mula diperkenalkan pada Julai 2004 kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sesi 2004. 
Asas yang diperkenalkan adalah huruf HIRAGANA:
Huruf asas adalah 50 dan setiap satu huruf mempunyai bunyi yang tertentu. Bagi membina satu perkataan, sekurang-kurangnya 2 huruf digabung.
Kebiasaan seseorang pelajar akan mengambil masa antara 2 minggu hingga sebulan bagi mengingat semua huruf Hiragana tersebut.

Friday, September 12, 2008

Bahasa Jepun

Panitia Bahasa Jepun BRaInS bergerak berlandaskan misi untuk menjadikan bahasa Jepun atau Nihongo sebagai satu bahasa yang boleh digunakan sebagai bahasa perbualan harian pelajar di SBPIBR.Nihongo atau Bahasa Jepun merupakan sejenis bahasa yang menggunakan 3 jenis tulis iaitu:
HIRAGANA - bentuk tulisan yang merupakan hasil dari huruf China yang dipermudahkan)
KATAKANA - bentuk tulisan yang digunakan bagi menulis perkataan pinjaman dari bahasa lain.
KANJI - huruf yang hampir sama dengan huruf yang digunakan oleh masyarakat China tetapi sebahagian besarnya telah dipermudahkan oleh masyarakat Jepun.
Bahasa Jepun dipertuturkan oleh lebih dari 130 juta masyarakatnya dan pendatang yang tinggal di Jepun. Setiap pengunjung atau pemastautin ke negara Jepun mesti boleh berbahasa Jepun bagi memudahkan semua urusan semasa di sana.  Dengan ayat lain, bahasa Jepun digunakan hampir 99% di dalam kehidupan harian mereka.

Jepun, Negara dan Budaya

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di negara Jepun.
Salah satu daripadanya adalah Gunung Fuji yang merupakan satu daya tarikan kepada pelancung dalam dan luar negara. Dengan ketinggian 3776 meter dari paras laut, ianya adalah sebuah gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 1708. Terletak di sempadan Yamanashi dan Shizuoka serta dapat dilihat dati Tokyo dan Yokohama .


Makanan yang terkenal seperti sushi juga diperkenalkan sebagai satu budaya masyarakat Jepun yang memakan makanan mentah. Pengenalan kepada sushi.
Sushi diperbuat daripada semua jenis hidupan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan lain-lain. Terdapat juga sushi belut yang dipanggang terlebih dahulu.


Tarian musim panas atau dikenali sebagai Pesta Bon Odori terkenal di seluruh dunia.
Bon Odori ini merupakan pesta memperingati nenek moyang dan segala jasa baik mereka. Pada hari ini, masyarakat Jepun berpakaian tradisional seperti kimono, yukata atau hapi serta membawa kipas tangan ketika menari. Setiap gerak tarian berdasarkan pekejaan atau tingkahlaku seseorang.